TAIPING 6 Feb. – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dipercayai didera meninggal dunia di Hospital Taiping di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, bayi tersebut, Nur Khayra dihantar ke hospital oleh ibu bapanya pada Jumaat lalu kira-kira pukul 6.30 petang selepas didapati tidak sedarkan diri setelah jatuh dari buaian.
Katanya, bayi itu kemudiannya dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi dan telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
“Menerusi laporan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan bayi itu mengalami pendarahan di bahagian otak dan di dalam mata
“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihak hospital juga mendapati terdapat unsur-unsur penderaan yang dilakukan sama ada dengan niat mahupun sebaliknya. Bayi itu meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi, semalam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
KOMEN