Home » Langit Terbuka » Bayi maut disyaki didera

Bayi maut disyaki didera

POLIS menahan empat individu termasuk ibu kandung dan bapa tiri kepada bayi perempuan berusia enam bulan yang maut dipercayai didera, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, mereka ditahan susulan kematian bayi malang itu yang disahkan pakar perubatan di Hospital Seri Manjung (HSM), Manjung, 6.45 pagi tadi.

Katanya, semua mereka ditahan reman tujuh hari bermula hari ini, untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita menahan ibu kandung mangsa, bapa tirinya, selain pengasuh mangsa dan suami yang berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“Penahanan sejurus bedah siasat yang mendapati punca kematian mangsa disebabkan jangkitan kuman teruk dan darah beku di kepala mangsa akibat kecederaan yang dipercayai disengajakan.

“Selain itu, mangsa juga patah tulang rusuk kiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bayi malang itu meninggal dunia di HSM selepas lebih empat jam dirawat.

Dia sebelum itu dirujuk penjaganya ke hospital berkenaan pada 2 pagi dalam keadaan lemah dan doktor mengesyaki mangsa kemungkinan didera sebelum melaporkan hal itu kepada pihak polis.- HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *