Home » Langit Terbuka » Bayaran fasa 2 BSH 2019 dibuat mulai hari ini

Bayaran fasa 2 BSH 2019 dibuat mulai hari ini

BSH Fasa Kedua 2019 membabitkan peruntukan sebanyak RM1.42 bilion dan memberi manfaat kepada hampir 3.6 juta penerima BSH serta 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah. - Foto My Sumber.com

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membuat bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa kedua bermula hari ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Usaha itu membabitkan peruntukan sebanyak RM1.42 bilion dan memberi manfaat kepada hampir 3.6 juta penerima BSH serta 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Beliau berkata bayaran bagi permohonan baru yang tidak diterima pada fasa pertama akan disertakan sekali dalam pembayaran fasa 2 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2019 tersebut.

“Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh dibuat menerusi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel bsh@treasury.gov.my. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *