Home » Langit Terbuka » Bayaran balik PTPK dicadang RM100 sebulan – Kula Segaran

Bayaran balik PTPK dicadang RM100 sebulan – Kula Segaran

Menteri Sumber Manusia berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi isu pembiayaan pinjaman selain memberi peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di pusat bertauliah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) awam dan swasta di seluruh negara

LUMUT – Kementerian Sumber Manusia bercadang untuk menetapkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sebanyak RM100 sebulan, kata menterinya M. Kula Segaran.

Beliau berkata cadangan itu bertujuan mengatasi isu pembiayaan pinjaman selain memberi peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di pusat bertauliah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) awam dan swasta di seluruh negara.

Katanya sehingga kini hampir 120,000 daripada 400,000 peminjam liat untuk membayar balik pinjaman sehingga menyebabkan kementeriannya menghadapi masalah melakukan pemusingan pembiayaan.

“Kami faham keadaan mereka, jadi apa yang kami lakukan adalah kami cuba kuatkuasakan peraturan ini untuk mendapatkan kembali wang ini, dan sebaik sahaja kami dapat, kerajaan tidak perlu lagi memberi kami sumbangan tahunan.

“Saya juga bertemu Dr Mahathir (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk mendapatkan surat untuk dihantar kepada semua pelajar bahawa mereka perlu membayar RM100 sebulan sehinggalah mereka selesai membayar balik pinjaman,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di sini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *