Home » Langit Terbuka » Batu Puteh: Ketengah fakta sejarah tidak boleh dicabar

Batu Puteh: Ketengah fakta sejarah tidak boleh dicabar

Fakta baharu dorong Malaysia mohon semakan

KUALA LUMPUR 5 Februari  – Bukti sejarah yang tidak boleh dicabar bahawa Pulau Batu Puteh sememangnya berada dalam wilayah Malaysia dalam setiap keadaan akan memberi peluang cerah kepada Malaysia dalam proses semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008.

Setiausaha Agung Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika (AALCO), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata, merujuk kepada kes kuil purba Preah Vihear sebagai contoh, ICJ memutuskan kuil itu terletak dalam kedaulatan Kemboja kerana wujud bukti sejarah yang tidak boleh disangkal Thailand.

Beliau yang juga pakar undang-undang antarabangsa berkata, sebab itu, tiga dokumen Malaysia ditemukan di National Archives of the United Kingdom itu diharap mempunyai dokumen-dokumen yang menyatakan pulau tersebut adalah hak milik Malaysia dalam apa keadaan sekali gus mengubah keputusan sebelum ini.

“Kita ambil iktibar daripada keputusan ICJ berhubung kes tuntutan kuil Preah Vihear pada tahun 2013, yang mana ICJ berdasarkan bukti sejarah mengesahkan bahawa kuil purba itu berada di bawah kedaulatan kerajaan Kemboja.

“Kita boleh tiru cara ini kerana apa lagi yang kita ada kalau tidak bergantung kepada bukti sejarah, secara keseluruhannya saya menyokong penuh usaha kerajaan yang dike­tuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mahu mendapatkan semula pulau ber­kenaan,” katanya ketika dihubu­ngi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmat ber­kata, kerajaan perlu memberi penekanan kepada aspek sejarah dalam isu pertikaian berkenaan bagi menunjukkan kepada ICJ dan pihak lain bahawa aspek tersebut adalah jalan penyelesai­an terbaik.

Menurut beliau, faktor kekalahan Malaysia berhubung Pulau Batu Puteh pada tahun 2008 adalah kerana Singapura telah me­nguasai kawasan tersebut dengan menjalankan pelbagai aktiviti kemanusiaan.

“Perkara itu telah menunjukkan kepada ICJ bahawa Singapura benar-benar mahukan pulau berkenaan dan menganggap ia adalah sebahagian hak milik me­reka,” katanya.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *