PENGAWAL keselamatan juga merupakan kelompok barisan hadapan yang bukan kecil peranan mereka.
Justeru sebagai menghargai dan menyantuni mereka, sebanyak 112 pek makanan diedarkan kepada pengawal keselamatan di tiga lokasi di sekitar Kota Bahru oleh YADIM Kelantan menerusi program Barakah Sahur Bersama YADIM pada 15 April.
Program dimulakan dengan penyampaian sebanyak sembilan pek kepada pengawal keselamatan di Pusat Membeli Belah Aeon sebelum penyerahan diteruskan di Hospital Raja Perempuan Zainab sebanyak 63 pek dan bakinya di Hospital Universiti Sains Malaysia (40 pek).
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh diiringi oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.
KOMEN