SIJANGKANG – Konsisten bergerak menyantuni masyarakat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 20 Disember meneruskan misi menyantuni mangsa banjir di sini.
Meskipun banjir semakin surut, masih terdapat penduduk yang kediaman mereka masih dinaiki air.
Mereka inilah yang disantuni SAY Kuala Langat. Seramai 15 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian.
Selain di Sijangkang, misi hari kedua ini turut menyantuni seorang ibu tunggal lapan anak di Jalan Teratai Batu 10 Kebun Bharu.
Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.
Lebih banyak program untuk membantu mangsa banjir dirancang untuk diadakan oleh SAY Kuala Langat selepas ini.
Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.
KOMEN