Home » Langit Terbuka » Bank Israel biayai penempatan haram

Bank Israel biayai penempatan haram

Antara penempatan haram Yahudi di Tebing Barat

 

Tebing Barat – Beberapa bank Israel di­dakwa terlibat sepenuh­nya dalam pembinaan pe­nempatan haram Yahudi di wilayah Tebing Barat dan boleh dituduh melakukan jenayah pepera­ngan.

Menurut pertubuhan Human Rights Watch (HRW), bank-bank berkenaan menyumbangkan sejumlah dana terhadap projek penempatan haram terbabit.

Penglibatan bank dalam urus niaga ini melibatkan rampasan harta persendirian dalam situasi tertentu yang dikatakan melanggar undang-undang peperangan,” jelas Pengarah Pembela HRW Israel/Palestin, Sari Bashi dalam artikel diterbitkan awal minggu ini seperti dipetik portal Russian Today.

Bashi memberi contoh penglibatan Bank Leumi dan pemaju, Zemach Hammerman dalam membina penempatan haram baharu Yahudi di Alfei Menashe.

Kedua-dua pihak dilihat membuat satu perjanjian yang direka untuk melindungi pelaburan pembeli rumah dan taktik serupa digunakan dalam pembangunan penempatan ha­ram lain.

“Bank-bank Israel sering me­lakukan perjanjian seperti itu yang tidak tertakluk pada pembiayaan semata-mata dan menjalinkan hubungan rapat dengan para pemaju untuk memperluaskan penempatan haram Yahudi dengan cara m­e­rampas tanah milik penduduk Palestin.

“Bank-bank berkenaan turut memperoleh faedah pemilikan dalam projek itu, mengawasi pembinaannya, memberikan dana pembeli rumah mengikut perkembangan pembinaan dan pemilikan penempatan hanya diberikan selepas projek di­siapkan,” jelas Bashi.

Bulan lalu, HRW mengelu­ar­-
kan laporan berhubung isu berkenaan yang dikenali sebagai ‘Penyalahgunaan Pembiayaan Bank’, menjelaskan mengenai penglibatan penuh bank-bank Israel dalam pembinaan penempatan haram di Tebing Barat. – Utusan

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *