Home » Langit Terbuka » Bangladesh sedia hantar pulang 100,000 pelarian Rohingya

Bangladesh sedia hantar pulang 100,000 pelarian Rohingya

COX’S BAZAR 30 Dis. – Bangladesh sudah bersedia untuk menghantar seramai 100,000 pelarian etnik Rohingya pulang semula ke Myanmar.

Jurucakap kerajaan, Obaidul Quader berkata, senarai nama 100,000 pelarian itu sudah dihantar ke pihak berkuasa Myanmar hari ini dan proses penghantaran semula bagi fasa pertama akan dimulakan pada Januari depan.

Dianggarkan lebih 655,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar dan masuk ke Bangladesh ekoran penindasan yang dilakukan oleh tentera negara tersebut. – AFP, UTUSAN

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *