KUALA LUMPUR – Badan-badan zakat disaran menyalurkan bantuan buku akademik berkualiti kepada kanak-kanak golongan asnaf terutama berkaitan sains, teknologi dan literasi kewangan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata selain meningkatkan ilmu pengetahuan, langkah itu dapat membantu mengeluarkan mereka dan keluarga dari garis kemiskinan.
“Selain duit zakat, mungkin boleh diberikan juga dalam bentuk penajaan biasiswa serta buku-buku berkualiti kepada anak-anak yang masih kecil dan bersekolah kerana pendidikan harus bermula dari awal,” katanya selepas melancarkan buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.
Dalam pada itu, Dr Maszlee turut menggalakkan lebih banyak buku-buku berbentuk braille dihasilkan bagi memberi akses kepada kanak-kanak cacat penglihatan mendapatkan bahan bacaan tersebut. – BERNAMA
KOMEN