Arab Saudi sedia terima 70,000 jemaah umrah sehari

KUALA LUMPUR – Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan kesediaan pihaknya menyambut kedatangan 70,000 jemaah umrah sehari. Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi menerusi perkongsiannya di Twitter pada 8 September berkata, pihaknya sedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi serta […]

YADIM sanitasi Pondok Tunjong

KOTA BHARU – Masjid, pejabat dan bilik pengajian di Pondok Tunjong di sini telah disanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 8 September. Inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pondok pengajian berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan pelajar kelak. Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah  Malaysia (SAY) Kota Bharu. Program […]

JAIS cadang wajib kursus pasca perkahwinan

SHAH ALAM – Kursus pasca perkahwinan akan diwajibkan kepada pasangan suami isteri beragama Islam di negeri ini dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan.   Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Suhaila Nik Hussin berkata, cadangan berkaitan sedang diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi selain selaras seruan Jabatan Kemajuan Islam […]

Kediaman yang uzur kini serba baharu

KUALA KRAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pertubuhan KRS Shazmin serta Pejabat ADUN Jengka telah menjayakan usaha membaik pulih rumah penduduk, Md Husairi Nazri di Jengka 11, di sini. Sebagai simbolik memasuki kediaman tersebut, majlis menyerahkan kunci telah disempurnakan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dan ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, […]

Salur aduan kepada SKMM

Kuala Lumpur: Orang ramai digesa menjadikan budaya membuat aduan menggunakan saluran aduan yang disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membanteras sebarang salah laku termasuk ajaran sesat. Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, perkara itu perlu memandangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, normal kehidupan sudah berubah dengan kebergantungan kepada media sosial yang […]

Arab Saudi cadang wujud mekanisme baharu visa umrah

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanakan mekanisme baharu untuk pembelian pakej umrah serta mengeluarkan visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara.   Saudi Gazette melaporkan, mekanisme itu membolehkan setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara dalam talian.   Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan […]

MAINJ salur 7,345 bakul makanan kepada keluarga terjejas COVID-19

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyalurkan 7,345 bakul makanan kepada keluarga memerlukan di seluruh negeri ini, sehingga 31 Ogos lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata bakul makanan itu disalurkan dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan peruntukan RM3 juta.   “Bantuan bakul makanan […]

MIHAS 2021 hidupkan semula industri halal global

KUALA LUMPUR – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2021 yang buat pertama kali dijalankan secara maya sepenuhnya akan menjadi pemangkin untuk menghidupkan semula ekonomi halal global, dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19.     Pengerusi Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Tan Sri Dr Halim Mohammad, berkata MIHAS turut disasarkan menjadi pameran perdagangan halal […]

Edaran bubur Asyura untuk penduduk Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Sempena sambutan Bulan Kemenangan dan Maal Hijrah 1443H, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) di sini telah bekerjasama memasak dan mengedarkan bubur Asyura pada 5 September. Dua kawah bubur disediakan secara bergotong royong oleh 40 ahli SAY Sungai Petani, SAY Pendang dan SAY Padang Serai. Sebanyak 100 pek bubur kemudiannya diedarkan secara […]

JAIS tidak lantik pihak ketiga untuk janji temu urusan nikah

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan janji temu bagi urusan berkaitan perkahwinan.   JAIS menerusi hantaran ringkas dalam akaun Facebooknya memaklumkan bahawa bagi mendapatkan tarikh janji temu berkaitan urusan perkahwinan, ia hanya perlu dibuat melalui laman sesawang http://www.jais.gov.my sahaja.   “Segera laporkan kepada JAIS jika ada […]