Kerajaan terbuka bangunkan tanah wakaf asalkan tepati hukum syarak

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan ia memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak termasuk memenuhi niat pewakaf. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain itu, semua pembangunan tanah […]
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas dan berkesan dengan melibatkan usaha pelbagai pihak bagi meluruskan persepsi yang berakar daripada xenofobia dan kejahilan, di samping membetulkan kaedah pengajaran Islam. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pandangan itu disepakati pada pertemuan dan wacana beliau bersama sarjana dan pemikir tempatan serta luar negara seperti Azerbaijan, Bosnia, England […]
Kerajaan saring individu sampaikan ajaran Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan saringan terhadap individu yang akan menyampaikan ajaran Islam di negara ini bagi mengekang penyebaran liberalisme yang berselindung di sebalik pelbagai aktiviti termasuk program wacana atau dialog. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, saringan itu dibuat melalui penguasa agama atau agensi keselamatan negara. “Selain […]
‘Pempengaruh kena amanah jika tidak berlaku pengkhianatan’- Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti untuk menetapkan garis panduan dalam memastikan tidak berlaku penyelewengan kutipan dana serta derma awam termasuk membabitkan golongan pempengaruh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata garis panduan itu penting dalam memastikan amanah dipertanggungjawabkan disampaikan kepada kumpulan sasaran. “Pesanan yang sama seperti saya sampaikan […]
Jangan gopoh pinda RUU 355 bagi perkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah – Anwar

PUTRJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) tidak dilakukan secara tergopoh-gopoh. Sehubungan itu, Perdana Menteri mengesyorkan proses pindaan itu dilakukan dengan teliti mengambil kira pandangan semua pihak sama ada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, termasuk pakar undang-undang antarabangsa. Untuk itu, beliau mengarahkan Menteri […]
Suruhanjaya perlantikan kehakiman syariah dicadang ditubuhkan

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah dan Akta Saraan Hakim Syarie. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam serta lain-lain agensi berkaitan berhubung perkara itu. “Berkaitan Akta Saraan Hakim Syarie yang […]
Kerajaan akan segerakan cadangan akta saraan hakim syarie – PM Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di negara ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu mendapat perhatian kerajaan kerana terdapat keperluan bagi mengimbangi antara Skim Perkhidmatan Kehakiman Syariah dan Skim Perkhidmatan Kehakiman Sivil. […]
Malaysia kutuk serangan Israel terhadap kem pelarian Al-Mawasi – PM Anwar

SERDANG: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel terhadap kem pelarian al-Mawasi semalam, yang mengorbankan nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata serangan berterusan itu merupakan kebiadaban yang diteruskan Israel kerana kegagalan negara-negara besar dalam mempertahankan hak asasi kemanusiaan. “Oleh itu, kerajaan Malaysia sekali lagi tegaskan pendirian kita keras […]
Ajaran sesat: Kerajaan konsisten lakukan pemantauan

SEREMBAN – Pemantauan secara konsisten sentiasa dilakukan kerajaan bersama pihak berwajib di setiap negeri dalam usaha menangani isu ajaran sesat di negara ini. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, ia adalah amalan yang dilakukan sejak sekian lama termasuk tindakan tegas dalam usaha memastikan bahawa akidah dan aspek agama […]
Mendoakan keburukan orang Mukmin undang perpecahan

Kuala Lumpur – Tindakan segelintir pihak yang menggunakan elemen agama untuk mendoakan keburukan kepada orang lain kerana rasa tidak puas hati adalah tidak wajar. Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, umat Islam diingatkan supaya berdoa yang baik-baik kepada […]