Ketua Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh di Iran

KAHERAH: Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran, Iran, kata kumpulan pejuang Palestin Hamas dalam satu kenyataan pada Rabu. Dalam satu kenyataan, kumpulan pejuang Islam itu berkabung atas kematian Haniyeh, yang dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’. “Saudara, pemimpin, mujahid Ismail Haniyeh, ketua pergerakan kita, syahid dalam serangan Zionis di […]
Libat urus antara umat Islam dan yang lain penting untuk elak Islamofobia – PM Anwar

IPOH: Sesi libat urus antara umat Islam dan yang lain perlu diadakan bagi membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan salah faham yang membawa kepada Islamofobia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata zaman pasca penjajahan barat, masih mengekalkan ajaran lama mereka dan maka oleh yang demikian salah faham, maklumat yang […]
Hakim Mahkamah Syariah perlu ada iltizam, integriti dan tak pilih kasih – Sultan Nazrin

TAIPING: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah hakim Mahkamah Syariah perlu memiliki iltizam, keberanian, ketegasan dalam mengadili kes dengan penuh berintegriti, tanpa kelengahan, tanpa gentar dan tanpa pilih kasih. Titah baginda, hakim perlu melakukan langkah sedemikian supaya tidak mencalarkan kepercayaan masyarakat terhadap mahkamah. “… para hakim diamanahkan tanggungjawab untuk mentafsir undang-undang. Kebebasan badan kehakiman mentafsir […]
Jangan jadikan doa Qunut Nazilah alat politik – PM Anwar

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak pembangkang kerana menggunakan doa Qunut Nazilah sebagai alat politik. Anwar berkata doa sepatutnya digunakan pada jalan yang betul untuk kebaikan dan bukan mendoakan keburukan kepada pihak lain. “Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa…siapa kata kita tidak setuju doa? Hari-hari kita […]
USIM perluas usaha bantu pelajar Palestin, cari penajaaan tambahan

PUTRAJAYA: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengajak lebih ramai individu dan syarikat bersama-sama membantu menaja pelajar dari Palestin untuk menimba ilmu di negara ini. Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan berkata sebanyak 135 pelajar dari negara bergolak itu sedang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah dan Doktor Falsafah (PhD) di […]
Elak dapatkan nasihat, letak harapan kepada bomoh – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan mengelak daripada mendapatkan nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata umat Islam sepatutnya meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada Allah SWT. “Kita mahu lahirkan masyarakat MADANI dan umat Islam yang meletakkan segala harapan […]
‘Saya khuatir perpecahan umat Islam sebab isu qunut nazilah’

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menzahirkan perasaan bimbang ekoran polemik bacaan doa qunut nazilah. Dalam nada nasihat, beliau meminta masyarakat Islam tidak mendoakan musibah sesama saudara seagama hanya sebab terbawa-bawa berlebihan perbalahan isu fahaman siasah. “Walaupun mungkin ada perbezaan pandangan politik, usah pula sampai ajak masyarakat […]
Jangan guna sesen, derma mesti sampai ke Palestin, kata Na’im

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata setiap sumbangan yang dikutip oleh mana-mana pihak untuk Palestin mestilah sampai kepada rakyat negara itu. Na’im juga memberi peringatan kepada mana-mana badan atau organisasi yang menjalankan kutipan untuk Palestin untuk tidak menyalahgunakan dana sumbangan individu atau syarikat. “Pesan saya, mana-mana individu yang mengutip […]
Pindaan Perkara 121 (1A) elak keputusan Mahkamah Syariah dibatalkan

KUALA LUMPUR: Usaha memartabat perundangan dan kehakiman syariah sentiasa menjadi agenda utama kerajaan terutamanya melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beberapa kes keputusan Mahkamah Syariah yang dicabar dan ditolak di Mahkamah Sivil memerlukan usaha segera dan serius bagi memperkasa kedudukan Mahkamah Syariah. Antara perkara penting dalam usaha pemerkasaan undang-undang syariah ialah pindaan kepada Perkara […]
Dana Wakaf Tunai Malaysia cecah RM12.8 juta setakat Mei lalu

KUALA LUMPUR – Kutipan dana Wakaf Tunai Malaysia di bawah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) mencatatkan jumlah sebanyak RM12.8 juta bagi tempoh sejak tahun 2022 sehingga Mei tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kutipan ini hasil sumbangan wakaf daripada masyarakat dan pihak korporat sama ada melalui […]