Berhati-hati dalam berdakwah, elak kongsi ilmu tidak menepati syariat

Pendakwah di Malaysia dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menyampaikan dakwah walaupun mereka ikhlas dalam memperjuangkan Islam, kata Felow Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi Al-Akiti. Beliau yang juga Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) Yang Dilantik Majlis Raja-Raja berkata hasutan untuk melawan Raja-Raja Melayu, Ulul Amri, pemerintah atau pemimpin di Malaysia serta […]
Malaysia akan terus menjuarai hab halal global

Serdang: Malaysia akan terus menjuarai hal berkaitan hab halal global, justeru kenyataan bertentangan fakta itu adalah bersifat pandangan peribadi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau mengulas polemik kontroversi ditimbulkan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang dilaporkan berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta […]
Isu sijil halal: bincang dalam mesyuarat, tidak perlu timbul kontroversi – PM Anwar

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pihak yang ada cadangan dan prihatin berkaitan pensijilan halal, supaya membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat untuk diteliti dan dibincangkan. Menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan individu tertentu berkaitan pensijilan halal, beliau berkata perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum tidak perlu dijadikan isu sehingga menimbulkan kontroversi. “Ini […]
Pensijilan halal beri faedah bukan bebanan kepada syarikat terutama pengeksport – Matrade

Kuala Lumpur: Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pasaran produk dan perkhidmatan halal dijangka bernilai AS$5 trilion pada tahun 2030. “Malaysia tampil sebagai peneraju dalam industri halal global, menetapkan standard kecemerlangan dan inovasi yang menjadi penanda aras. “Kepimpinan […]
Bukit Aman, JAKIM, SKMM kerjasama pantau media sosial promosi fahaman radikal, ekstremisme

BANGI: Bukit Aman mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam memantau media sosial yang dibimbangi mula menjadi medium mempromosi pemikiran radikal dan ekstremisme. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pemantauan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta […]
Sijil halal Malaysia suatu kebanggaan, jadi rujukan negara luar – Pakar

KUALA LUMPUR: Sijil halal Malaysia menjadi kebanggaan negara apabila ia diiktiraf selain turut dijadikan rujukan oleh banyak negara luar. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Dekan Industri Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff yang turut menjadi antara panel pengajar dan penasihat oleh beberapa negara termasuk Kuwait dan Dubai mengenai […]
Polis pantau syarikat disyaki eksploitasi agama, kanak-kanak

BANGI: Polis sedang memantau sebuah syarikat dipercayai berkaitan dengan gerakan agama di negara ini susulan terdapat laporan mengenai aktiviti eksploitasi kanak-kanak. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tindakan itu susulan empat laporan polis diterima di Selangor mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 mengenai eksploitasi kanak-kanak bagi tujuan mengutip dana, […]
Rusia boleh manfaatkan kekuatan Malaysia sebagai peneraju global kewangan Islam – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Rusia boleh memanfaatkan kekuatan Malaysia sebagai peneraju global dalam kewangan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata kewangan Islam adalah bidang yang sesuai untuk kerjasama bagi kedua-dua negara itu kerana Malaysia memiliki ekosistem institusi teguh yang bukan sahaja mematuhi Prinsip Syariah tetapi juga memacu inovasi dalam instrumen kewangan. “Rusia, dengan […]
Formula khusus percepat proses tentukan kadar nafkah anak – Mohd Na’im

SHAH ALAM: Kerajaan bersedia untuk mewujudkan formula khusus yang boleh diguna pakai oleh semua Mahkamah Syariah dalam menentukan kadar perintah nafkah anak kepada ibu bapa yang bercerai. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dengan adanya formula itu, proses penentuan kadar nafkah yang sering menjadi perdebatan sebelum ini dapat diatasi […]
Jakim kaji cadangan wajib restoran ada sijil halal

SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan di negara ini memiliki sijil halal. Ia mengecualikan restoran yang menghidangkan daging babi atau minuman beralkohol. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses untuk mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran […]