Debat terbuka isu agama perlu dihentikan demi keharmonian negara – Mohd Na’im

PUTRAJAYA: Debat secara terbuka yang memfokuskan kepada perbezaan agama perlu dihentikan kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau menyokong pandangan Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang bahawa debat berkaitan agama tidak wajar diadakan secara […]
Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan, umat Islam tidak boleh berdiam diri apabila agama dihina, sebaliknya perlu bangkit mempertahankannya dengan hikmah dan kebijaksanaan. “Saya amat berdukacita melihat masih ada pihak yang meremehkan Islam, seolah-olah tiada batasan dalam berbicara dan […]
Kerajaan tegas tangani isu agama, pastikan keharmonian terpelihara – Ahmad Zahid

ALOR GAJAH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tegas dalam menangani isu agama bagi memastikan keharmonian di Malaysia terus terpelihara. “Kita tahu (isu) agama ini adalah sensitif dan kita tidak mahu ada tangan yang menuduh, menuding jari pihak kerajaan tidak mengambil kepedulian mengenai perkara ini, terutama dalam isu mempertahankan […]
JAKIM dengan kerjasama pihak berkuat kuasa pastikan kes hina Islam ke muka pengadilan

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri-negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata mana-mana pihak menghina […]
Saya ajak semua masyarakat Islam, bukan Islam menyumbang – Mohd. Na’im

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia disaran supaya menyumbang kepada tabung wakaf pembangunan semula Gaza, Palestin yang kini digerakkan di seluruh negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia penting bagi mendapatkan dana untuk pembinaan semula hospital, sekolah dan masjid di negara itu. Beliau berkata, pihaknya menyambut baik usaha […]
Rakyat Malaysia diseru menyumbang kepada tabung wakaf pembangunan semula Gaza

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia diseru menyumbang kepada tabung wakaf pembangunan semula Gaza, Palestin yang kini digerakkan di seluruh negara bagi mendapatkan dana membina hospital, sekolah serta masjid untuk rakyat negara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya menyambut baik usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang […]
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis

KUALA LUMPUR: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Dewan Wawasan 2020 di Kangar, Perlis menjadi lokasi penganjuran majlis itu yang dijadualkan berlangsung dari jam 9 pagi […]
Tiada lagi larangan terhadap Zakir Naik – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Larangan polis terhadap pendakwah bebas, Dr Zakir Naik pada 2019 sudah ditarik balik. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, larangan pada 2019 itu adalah susulan kepada siasatan polis yang sedang berjalan terhadapnya membabitkan dua perkara menyentuh sensitiviti kaum. “Saya difahamkan larangan ketika itu dibuat susulan siasatan yang sedang dilakukan sebab beliau […]
Tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan 28 Februari ini

SHAH ALAM – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan hari permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada 28 Februari atau petang Jumaat depan. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh permulaan itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. “Bagi menyempurnakan titah perintah […]
Program Wacana Minda Madani: Kesejahteraan dan Kesihatan

PROGRAM Wacana Minda Madani: Kesejahteraan dan Kesihatan telah berlangsung di Dewan Dato’ Dr. Abdul Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada 19 Februari. Lebih 150 orang pegawai awam Polis Diraja Malaysia Kelantan terlibat dalam program ini. Ahli panel wacana adalah Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Pengarah Klinik Primer Cherang, Dr. Safwan Saifudin. […]