Kerajaan peruntuk RM2 bilion dalam Hal Ehwal Islam tahun depan

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi hal ehwal Islam dalam Belanjawan 2025, dengan sebahagian daripadanya adalah untuk memperkasakan institusi pendidikan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM150 juta dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan […]
Dakwaan Islam terancam, tergugat adalah naratif palsu – Dr Zulkifli

PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya Islam terancam dan tergugat adalah naratif palsu yang cuba mengaburi mata rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. Beliau berkata Islam bukan sahaja tidak terancam dan tidak tergugat dalam tempoh Kerajaan Perpaduan memegang tampuk pemerintahan negara malahan terus subur dan mekar di Malaysia. “Naratif […]
Jangan keliru, RUU Mufti hanya terpakai untuk orang Islam

Kuala Lumpur: Dakwaan segelintir pihak berkaitan fungsi dan kuasa mufti di bawah sistem perundangan negara perlu diperbetulkan berikutan pandangan berkenaan akan mengelirukan. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, dakwaan mengelirukan dikeluarkan segelintir pihak, tidak mencerminkan matlamat Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen, esok. Katanya, RUU […]
RUU Mufti Wilayah Persekutuan tak ganggu Sabah, Sarawak dan negeri lain – Mufti Sabah

Kuala Lumpur: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan (MWP) tidak mengganggu Sabah serta Sarawak dan negeri-negeri lain. Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata, terdapat segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa berasal daripada Sabah serta Sarawak menentang RUU ini. Beliau berkata, NGO itu tidak bersetuju kononnya RUU MWP akan menjadikan ultimatum kuasa kepada mufti […]
Isu berbangkit berhubung RUU Mufti dijawab Mohd Na’im – PM

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang isu berbangkit berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 hanya akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. “Perkara itu akan dijawab Menteri Agama (Mohd Na’im),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan LAWASIA kali ke-37 2024, […]
Anwar Ridhwan bela PM isu martabatkan bahasa Melayu

Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan tampil mempertahankan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung isu memartabatkan bahasa Melayu tanpa meminggirkan bahasa utama dunia. Jelas Sasterawan Negara ke-10 itu, bekas ahli parlimen Bangi Ong Kian Ming yang dilaporkan “sekolahkan” perdana menteri berhubung isu berkenaan hanya melihat daripada satu sisi sahaja berkaitan teguran […]
JAKIM diminta siasat video pelajar didakwa puja guru secara melampau

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyediakan laporan berhubung seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab dalam sebuah majlis yang tular di media sosial semalam. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, perkara itu juga akan dibawa kepada tindakan pihak berkuasa […]
Perbincangan simposium “Solusi Kesihatan Mental daripada Perspektif Dakwah” (SMILED)

PADA 9 Oktober 2024, YADIM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Unit Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak. Unit Pembangunan Komuniti DBKL diwakili oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Kesejahteraan Bandar( JPKKB), Encik Haji Ahmad Tarmizi Baharom dan Penolong Pengarah JPKKB, Puan Amimas Othman. YADIM pula diwakili oleh […]
Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan : Langkah maju untuk keharmonian umat

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia yang memberi kuasa kepada Negeri-negeri termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal agama Islam. Perkara ini jelas disebutkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai I (Butiran 4K) dan Senarai II Senarai Negeri (Butiran 1). Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 hadir dengan tujuan utama untuk […]
Sultan Selangor titah segerakan pembentukan jawatankuasa berhubung pemulihan kanak-kanak GISBH

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya segera diwujudkan jawatankuasa berhubung pemulihan kanak-kanak diselamatkan dari GISB Holdings (GISBH). Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, jawatankuasa berkenaan akan bertanggungjawab bagi penghasilan kertas kerja yang terperinci untuk mengenalpasti kaedah pemulihan terbaik membabitkan lebih 600 kanak-kanak berkenaan. “Sultan Sharafuddin turut bertitah supaya jawatankuasa itu […]