Program Aspirasi Remaja Madani : Kayuhan Merdeka 2024
MENYEMARAKKAN Bulan Kemerdekaan Negara, telah dianjurkan menganjurkan Program Aspirasi Remaja Madani : Kayuhan Merdeka 2024 pada 22 Ogos. Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Kesom, SK Kebor Besar, YADIM Negeri Terengganu, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Belia dan Sukan […]
Seminar Kenegaraan Madani Peringkat Wilayah Persekutuan
JELAJAH Seminar Kenegaraan Madani Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini singgah di Pusat Tingkatan Enam Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur pada 22 Ogos. Siri kali ke-7 ini dihadiri kira-kira 150 orang pelajar tingkatan enam dan guru. Ia menampilkan Dr. Zulqarnain Lukman dan Profesor Madya Dr Khairil Azmin Datuk Mokhtar yang kedua-duanya merupakan pakar […]
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Putrajaya: Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Israel pada 13 Ogos. Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu berkata perbuatan keji ini yang dilakukan di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel, merupakan pencerobohan serius terhadap satu daripada tapak paling suci Islam. “Malaysia amat marah dengan provokasi ini, yang menafikan hak rakyat Palestin untuk […]
Kerajaan pastikan pendidikan KAFA sentiasa ditambah baik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara usaha ini termasuk memastikan penggunaan buku-buku teks sebagai sumber terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran KAFA agar seiring dengan pendidikan arus perdana.
Perkasa pembangunan dakwah, kebajikan murabbi ummah
KUCHING, 11 Ogos: Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa meletakkan keutamaan untuk memperkasakan pembangunan dakwah dan kebajikan murabbi ummah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, bayaran khas sebanyak RM 700 yang diberikan secara sekali beri kepada imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA dan […]
Kuasai ilmu terkini selari peredaran zaman
KUCHING, 11 Ogos: Masyarakat Islam di negara ini perlu menguasai ilmu terkini selari dengan peredaran zaman seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan aeroangkasa seperti mana yang ditekankan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokthar berkata, ia bagi memastikan masyarakat Islam […]
Program Aspirasi Remaja Madani Pengakap Berselawat
LENSA Program Aspirasi Remaja Madani Pengakap Berselawat sempena Kempori Pengakap Madani Peringkat Kebangsaan 2024 pada 10 Ogos. Hampir 1,000 anggota pengakap dari seluruh negara menyertai acara ini yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah dijemput menyampaikan tausiah khas pada acara ini. Beliau […]
Tuduhan kafir harbi pemikiran sangat bahaya – Dr Zulkifli
KUALA LUMPUR: Pemikiran ‘gluluw’ atau melampaui batas individu yang melemparkan tuduhan kafir harbi sewenang-wenangnya sangat bahaya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Susulan itu, beliau mengajak rakyat menolak pemikiran sedemikian, sebaliknya sentiasa bersama menyuburkan Malaysia dengan al-Taayush al-Silmi yakni kewujudan bersama secara damai. Tegasnya, semua pihak perlu berhati-hati dalam […]
‘Sekat ajaran sesat Millah Abraham di Perak walaupun masih kecil’
IPOH: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) mengesahkan kewujudan gerakan ajaran sesat Millah Abraham di negeri itu, tetapi dalam skala kecil. Susulan itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, berkata JMNPk akan membuat sekatan termasuk mewartakan fatwa mengenainya bagi mengelak ajaran sesat itu daripada merebak. “Ajaran sesat itu memang dilaporkan ada di Perak dan untuk butiran […]
Bukan Islam di Malaysia tidak boleh digelar kafir harbi – Pejabat Mufti
SHAH ALAM – Gelaran ‘kafir harbi’ tidak boleh ditujukan kepada mana-mana warganegara bukan Islam di negara ini kerana tidak menepati definisi dan tidak mencukupi ciri yang telah ditetapkan oleh para ulama. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tindakan melabelkan seseorang warganegara dengan gelaran ini akan membawa implikasi yang buruk dan dahsyat kerana mereka halal untuk diperangi, […]