Modul silibus pemulihan akidah pengikut GISBH telah siap

POKOK SENA – Jawatankuasa khas yang diketuai Sarjana Islam yang juga Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Ali@Fadzil telah menyiapkan modul silibus pemulihan akhlak pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa khas itu ketika ini sedang menyiapkan satu rangka […]

Lebih 100 kanak-kanak GISBH masih ikuti modul pemulihan khas MAIS

SHAH ALAM: Lebih 100 kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) yang belum dituntut keluarga masih mengikuti modul pemulihan khas yang dilaksanakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata kesemua kanak-kanak itu masih ditempatkan di rumah kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di ibu negara. Katanya, masih terdapat sebahagian daripada kanak-kanak […]

LZS kesan pasangan kes bayi ‘ditahan’ peti sejuk

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang mengesan pasangan suami isteri yang sebelum ini tular berhubung dakwaan bayi mereka ‘ditahan’ dalam peti mayat di sebuah hospital akibat tidak mampu membayar bil. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai isu tersebut sama […]

Malaysia sampaikan permohonan tambah kuota haji kepada Arab Saudi

MADINAH: Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Mohamad berkata permohonan berkenaan disampaikan beliau semasa pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis. “Beliau (Dr Tawfiq) tidak dapat memberikan jawapan pada masa (pertemuan) itu, tetapi beliau sedaya upaya […]

Akses pendidikan, kemudahan beribadah OKU Islam diperkasa

KLANG – Akses pendidikan Islam untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terus diperkasakan selaras Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi OKU Muslim 2024-2028. Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan, pelan yang dilancarkan Julai lalu telah dirangka dengan teliti supaya OKU muslim tidak ketinggalan mempelajari agama Islam secara lebih […]

Mufti perlu segera beri pandangan isu babitkan hukum syarak

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta semua mufti negeri segera mengeluarkan pandangan berkaitan isu yang menimbulkan persoalan dalam kalangan umat Islam. Beliau berkata mufti negeri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan pendapat berkaitan hukum syarak bagi mengelakkan kekeliruan. “Bila mana ada isu libatkan persoalan hukum, masyarakat biasanya akan tertanya-tanya. “Dengan […]

Perlu ada tindakan global banteras sikap tidak bertoleransi Islamofobia – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa diwujudkan satu usaha global bersepadu bagi menghayati nilai ihsan, keadilan dan kemanusiaan untuk membanteras peningkatan sikap tidak bertoleransi, perkauman serta Islamofobia. Bercakap pada mesyuarat Strategic Vision Group Russia-Islamic World, Perdana Menteri berkata, isu itu menjadi cabaran berterusan yang dihadapi dunia Islam dan umat manusia […]

Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, hikmah dan akhlak mulia – Mohd Na’im

PUTRAJAYA – Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.   Beliau berkata, kejadian yang tular di Indonesia melibatkan seorang pendakwah yang menyindir seorang penjual teh baru-baru ini, […]

Penting sikap sederhana dalam agama, elak perpecahan umat

KUALA LUMPUR – Perbezaan pendapat terutamanya dalam konteks agama boleh membawa kepada perpecahan umat Islam sekiranya jika tidak diuruskan dengan baik.   Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Fatimah Syarha Mohd Noordin menekankan pentingnya prinsip kesederhaan dalam setiap aspek kehidupan.   “Kesederhanaan merupakan asas untuk memastikan kita bersikap adil, ia adalah […]

Dialog Perpaduan Malaysia MADANI Tingkat Kefahaman Mengenai Kepelbagaian Bangsa, Agama – Zulkifli

JOHOR BAHRU – Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. Beliau berkata program berkenaan yang dianjurkan bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor dan Persatuan […]