Ustaz Abdul Somad, Ustaz Don terima tauliah mengajar di Perak

IPOH – Pendakwah terkenal dari Indonesia, Abdul Somad Batubara atau Ustaz Abdul Somad menjadi antara penceramah luar negara yang menerima tauliah mengajar agama Islam di negeri Perak. Beliau merupakan sebahagian daripada 14 individu dari luar negara yang diumumkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi surat makluman Senarai Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak dikongsi […]

Kesarjanaan Islam: Sumbangan Malaysia terima pengiktirafan global

UNITED KINGDOM: Komitmen Malaysia dalam menyebarkan pengetahuan dan kesarjanaan agama Islam menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila diberi penghormatan pada Majlis Sama’ Sahih Muslim 2025, yang diadakan di Ashton Central Mosque, Manchester baru-baru ini. Pengiktirafan khas itu disampaikan kepada Pengerusi Majlis Bukhari Malaysia, Ustaz Dr. Bashir Mohamed Al-Azhari, serta dua lagi tokoh agamawan negara, Syeikh […]

Jangan jadikan Kaabah tempat buat ‘content’ jual produk

MEKAH – Jemaah umrah dan haji diingatkan tidak menjadikan Kaabah sebagai tempat mempromosikan produk, sebaliknya memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah tersebut. Mutawif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), Muhamad Zaki Ridzuan atau dikenali sebagai Pak Tam berkata, terdapat individu termasuk segelintir peniaga online dan pempengaruh yang membuat kandungan di depan Kaabah bagi tujuan berniaga. […]

Charlie Hebdo buat hal (lagi), peringati serangan berdarah dengan perolok Tuhan, Nabi

Akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo buat hal lagi dengan melancarkan edisi khas sempena memperingati 10 tahun serangan berdarah dua penyerang bersenjata tetapi dengan ‘menyerang’ agama, iaitu memperolok-olokkan Tuhan dan Nabi Muhammad SAW serta simbol agama lain. Muka hadapan edisi yang mengenang peristiwa mengorbankan 12 nyawa termasuk lapan kakitangan editorialnya, menampilkan kartun mendabik dada terhadap kewujudan akhbar dengan […]

Dr. Afifi Al-Akiti diberi penghormatan ulama dunia berucap di Persidangan Belia Kerala 2024

THRISSUR: Pensyarah Pengajian Islam Pusat Pengajian Islam Oxford, United Kingdom, Datuk Dr. Afifi al-Akiti diberikan penghormatan ulama sedunia untuk menyampaikan ucapan dalam majlis Persidangan Belia Kerala 2024. Persidangan tersebut disertai lebih 100,000 peserta terdiri daripada golongan belia, agamawan dan cendekiawan seluruh dunia yang berlangsung selama tiga hari di Noorul Ulama Dale, Thrissur, India pada hujung […]

Sesi libat urus Persekutuan, negeri tangani isu keselamatan pusat tahfiz

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan melaksanakan sesi libat urus dan perbincangan bersama dengan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan inisiatif bagi mengatasi isu keselamatan khususnya insiden kebakaran pusat tahfiz. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata ada beberapa inisiatif sedang diusahakan pihaknya untuk diselaraskan dengan kerajaan negeri. Menurutnya, sesi libat urus dan […]

Sebar dakwah agama lain kepada umat Islam bertentangan Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (WP) menegaskan perbuatan menyebarkan dakwah agama lain kepada umat Islam di negara ini adalah bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Muftinya, Datuk Dr Luqman Abdullah menjelaskan, agama-agama selain Islam tidak boleh disebarkan kepada seseorang yang beragama Islam. “Setiap warga di negara ini perlu mematuhi undang-undang dan menghormati peruntukan […]

‘JPM Hal Ehwal Agama sentiasa rujuk ulama isu sentuh sensitiviti agama Islam’ – Zulkifli

SEREMBAN – Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) sentiasa cakna dan mengambil berat setiap isu yang dilihat menyentuh soal sensitiviti agama Islam di negara ini. Timbalan Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, para ulama sentiasa menjadi rujukan dalam mendepani isu tersebut. “Saya nak maklumkan kepada semua yang JPM Hal Ehwal Agama sememangnya cakna dan mengambil […]

10 resolusi konvensyen Ahli Sunah Waljamaah Kebangsaan

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), melalui Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) menganjurkan program mega iaitu Karnival Usuluddin Kebangsaan 2024 pada 9 hingga 14 Disember lalu di UniSZA, Kampus Gong Badak, Terengganu. Antara objektif Karnival Usuluddin Kebangsaan 2024 bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, memperkukuhkan pegangan […]

Kertas siasatan video tular zikir di kubur diserah kepada Pejabat Mufti Wilayah

PUTRAJAYA – Kertas siasatan berhubung video tular sekumpulan lelaki didakwa berzikir dalam keadaan mencurigakan di Tanah Perkuburan Islam di Setapak telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau difahamkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menyerahkan kertas siasatan itu untuk […]