Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000

SHAH ALAM – Umat Islam di Malaysia yang ingin menunaikan umrah diingatkan agar lebih berwaspada dalam memilih pakej yang sesuai bagi mengelakkan ditipu dan risiko terkandas. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, berdasarkan situasi semasa dan musim, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 ke RM7,000 […]
Penyalahgunaan tanda halal semakin meningkat, Mufti saran naik kadar denda

CYBERJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) wajar mengkaji keperluan menaikkan jumlah denda bagi penyalahgunaan logo halal jika tindakan kesalahan itu semakin berleluasa. Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan, berkata pada masa sama, penguatkuasaan perlu terus diperkukuh supaya peniaga tidak mengambil mudah penggunaan logo halal […]
Menteri Agama bertemu Sheikh Abdul Rahman Sudais

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkesempatan untuk bertemu Imam Masjidil Haram Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais, di Arab Saudi, semalam. Mohd Naim dalam hantaran di Facebooknya berkongsi perasaan menyentuh hati apabila mendengar bacaan ayat al-Quran oleh Sheikh al-Sudais ketika mengimamkan solat di Masjidil Haram. “Saya […]
Malaysia sahkan kuota 31,600 jemaah haji, mohon 10,000 kuota tambahan – Dr Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah mengesahkan kuota haji untuk seramai 31,600 jemaah pada tahun ini dan sedang berusaha mendapatkan 10,000 lagi kuota tambahan daripada Arab Saudi. Jumlah kuota haji itu adalah di antara kandungan Memorandum Urusan Haji yang ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta Menteri Haji dan […]
Jakim diarah kerjasama dengan KPDN ambil tindakan pihak salah guna logo halal

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan dan membawa ke muka pengadilan terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal. Mohd Na’im dalam kenyataan hari ini […]
Salah guna logo halal kesalahan serius – Na’im

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar produk ‘Ham and Cheese sandwich’ yang disyaki menyalah guna logo halal bakal berdepan tindakan penguatkuasaan dan dihadapkan ke muka pengadilan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu yang membabitkan integriti dan kepentingan awam. Menurutnya, JAKIM sudah diarah bekerjasama dengan Kementerian […]
KPDN serbu kilang sandwich disyaki salah guna logo halal

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu kilang yang membuat sandwich di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal, Jumaat lalu. Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, serbuan dilakukan KPDN Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada jam 1 tengah hari. […]
Majlis Agama Islam disaran optimum kepakaran industri kewangan – PM

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam di negara ini disaran untuk memanfaatkan kepakaran sektor kewangan bagi menguruskan aliran perbelanjaan dengan lebih efisien, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ujarnya, langkah itu bertujuan mengurangkan sebarang pelaburan yang tidak menguntungkan. Ketika berucap di Forum Ilmuwan Malaysia MADANI malam tadi, Anwar turut menegaskan bahawa langkah itu boleh dilaksanakan […]
PM sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani. Perdana Menteri dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam menganjurkan program berskala besar berkenaan dan memberi sumbangan kepada penerima […]
Anwar percaya Malaysia jadi negara hebat jika henti sentimen agama, kaum

GEORGE TOWN, 11 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya bahawa tumpuan kepada pembangunan negara mampu mengangkat Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini. Beliau yakin bahawa penyelesaian isu seperti kemiskinan, ketegangan di Selatan Thailand, serta pembangunan infrastruktur akan membawa kesejahteraan bersama untuk rakyat dan negara. “Kita mahu rakyat beri beri tumpuan kepada […]