Jabatan Mufti Selangor putuskan fatwa berhubung GISBH akhir bulan ini – MAIS

KUALA LUMPUR – Jabatan Mufti Negeri Selangor akan memutuskan keputusan fatwa berhubung kegiatan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dalam persidangnya pada 30 September ini. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, majlis itu menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan terhadap GISBH dan rangkaiannya […]

Kontroversi GISBH: Semakin ramai individu tampil dedah pengalaman di media sosial

Kuala Lumpur: Kemelut isu mengeksploitasi kanak-kanak dan agama yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kian hangat selepas semakin ramai individu tampil mendedahkan pengalaman sebagai bekas serta ahli kumpulan itu di media sosial. Jumaat lepas, seorang pengguna platform X mendedahkan bahawa dia dilahir dan dibesarkan dalam Kumpulan Al-Arqam yang dikaitkan dengan GISBH, yang didakwa […]

GISBH: Bahan rampasan jadi bukti sokongan Muzakarah MKI – Jakim

PETALING JAYA – Bahan-bahan rampasan membabitkan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) akan dijadikan asas dalam Kertas Laporan untuk dibincang dan diputuskan semasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI) pada 24 hingga 26 September ini. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datin Hakimah Mohd. Yusoff berkata, bahan-bahan rampasan yang boleh dijadikan […]

PM arah agensi, badan berkanun dapat kelulusan menteri untuk lawatan luar negara – Fahmi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua agensi dan badan berkanun mendapatkan kelulusan menteri masing-masing untuk lawatan ke luar negara dalam usaha mengurangkan hutang negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perdana menteri melihat keperluan meneliti semula aspek-aspek lain termasuk lawatan ke luar negara bagi memastikan […]

Nasab kanak-kanak penghuni rumah GISBH ber’bin’kan Abdullah ditentukan Mahkamah Syariah

Kuala Lumpur: Isu berhubung nasab sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH), yang diselamatkan sebelum ini, akan dibawa kepada Mahkamah Syariah negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini kerana penentuan nasab ini terletak di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan. Mengulas lanjut katanya, penentuan […]

Kerajaan utamakan pendekatan inklusif, berhikmah tangani isu berkaitan Islam – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan mengutamakan pendekatan yang lebih inklusif dan berhikmah dalam mencari jalan terbaik terhadap sebarang isu berkaitan agama Islam di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan pimpinannya juga terus komited dalam mengemukakan mesej Islam yang rahmah serta berorientasi keadilan dan ihsan seiring semangat Malaysia MADANI. “Saya percaya melalui […]

Malaysia sambut baik usaha PBB laksana keputusan ICJ tamat pendudukan haram Israel

KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menamatkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin. Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata Malaysia dan 123 Negara Anggota PBB mengundi menyokong Resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bertajuk “Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kesan perundangan yang timbul daripada […]

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi melestari gerakan dakwah. Demikian antara penegasan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ketika menyempurnakan perasmian Bengkel Pelan Strategik badan dakwah ini di Kota Bharu pada 18 September. Ujar beliau, setiap pegawai dan […]

Kunjung hormat ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP)

SEKITAR Kunjung Hormat sempena Program Dakwah Negara (PDN) 2024 ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) pada 3 September oleh Bahagian Kepimpinan Muda YADIM. Pihak JPWPP diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Hashrul Aidil Maslan dalam pertemuan ini, manakala pihak YADIM diwakili oleh Ketua Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda, Cik Nathrah Mohammed […]

YADIM Negeri Selangor kunjung hormat ke Pejabat Ketua Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS)

YADIM Negeri Selangor pada 3 September telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Kunjungan ini bertujuan menyemarakkan lagi aktiviti dakwah bersama pasukan keselamatan utama peringkat negeri terutamanya kepada pegawai dan anggota keselamatan di Selangor. Pertemuan tersebut antara lain membincangkan program-program dakwah secara bersama […]