Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan – TPM Zahid

BAGAN DATUK: Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, sekolah aliran itu tidak akan terkecuali daripada diberi perhatian oleh kerajaan. “… ada kira-kira 2,500 yang tak berdaftar di bawah […]

Projek Bandar Wakaf di Gaza bukti solidariti Malaysia untuk Palestin – MAPIM

KUALA LUMPUR: Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby, berkata inisiatif ini tidak hanya bantuan kemanusiaan, tetapi usaha mampan melibatkan […]

Polis serah kertas siasatan isu jenaka ‘ham’ kepada Pejabat Peguam Negara esok

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu jenaka ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah selesai merakam keterangan daripada seorang lagi suspek, seorang wanita berusia 64 tahun yang dipercayai meninggalkan komen kontroversi di […]

Israk Mikraj: Umat Islam diseru pupuk semangat kerja lebih kuat – Anwar

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diseru membugarkan pengalaman unik yang dialami Nabi Muhamad SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj dengan memupuk semangat bekerja lebih kuat dan berdisiplin bagi mencapai “itqan fil amal” serta teguh terhadap pengabdian penuh kepada Allah SWT. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan […]

Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia terus menerajui kewangan Islam di dunia apabila sekali lagi menduduki tangga pertama dalam Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2024. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119), Emiriah […]

Pelawak ada pengetahuan agama tahu apa boleh, tidak boleh – Mohd. Naim

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Naim Mokhtar menasihati semua pihak supaya mengambil iktibar daripada isu kontroversi yang dikaitkan dengan seorang pelawak dan pelakon. Katanya, beliau berharap semua pihak kini memahami tentang perkara yang serius seperti agama tidak boleh dibuat lawak. “Saya harap kita tahu perkara yang serius, mana yang kita […]

Pembekal sandwic ham di UM didakwa guna logo halal palsu

PETALING JAYA: Sebuah syarikat pastri dan pengarahnya yang membekalkan 366 sandwic pelbagai jenis yang tular di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 12 tuduhan menggunakan logo halal palsu supaya makanan itu boleh dimakan orang Islam, awal bulan ini. Bagaimanapun, Pengarah syarikat Shake and Bake […]

Kesedaran umat Islam lunas hutang fidyah semakin tinggi, agihan meningkat kepada RM13 juta

Shah Alam: Kesedaran melaksanakan tanggungjawab melunaskan hutang fidyah dalam kalangan umat Islam semakin tinggi apabila Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mencatatkan agihan kepada penerima meningkat kepada RM13,014,200 tahun lalu. Pengerusi Mais, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, agihan bantuan fidyah itu meningkatkan berbanding jumlah agihan pada 2023 sebanyak RM11,999,720. Menurutnya, sumbangan fidyah sebanyak RM13 […]

JAKIM atur tarikh pertemuan dengan Harith Iskander – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah mengatur tarikh pertemuan dengan Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung hantaran di Facebook pelakon dan pelawak itu berkait isu ‘ham’ yang didakwa menghina Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata setakat ini JAKIM masih menunggu kesesuaian masa untuk artis itu […]

Sultan Selangor saran LZS salur bantuan pemulihan pengikut GISBH

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan bantuan asnaf riqab untuk pemulihan golongan terkait GISB Holdings (GISBH). Baginda bertitah, peruntukkan dana khusus yang sewajarnya ini bagi pemulihan dalam membetulkan dan meluruskan aqidah mereka. Sultan Sharafuddin turut mengingatkan LZS bahawa agihan zakat hendaklah disalurkan kepada golongan asnaf […]