MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan prestij acara itu sekali gus dapat mencapai standard peringkat antarabangsa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, aturan terkini itu berdasarkan Peraturan dan Penghakiman Majlis Tilawah […]

Jemaah haji, umrah perlu patuh peraturan ditetapkan Arab Saudi

KANGAR: Kerajaan berharap jemaah haji dan umrah akan mengekalkan prestasi baik terhadap pematuhan peraturan serta undang-undang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, sekali gus mengelakkan risiko dikenakan larangan visa sementara seperti yang berlaku kepada 14 negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr […]

Rujuk pihak berkuasa agama berhubung solat di rumah ibadat bukan Islam

SHAH ALAM: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, menasihati masyarakat merujuk pihak berkuasa agama Islam, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam melaksanakan ibadat ketika musim bencana. Beliau berkata, isu seperti solat di rumah ibadat bukan Islam, sudah diberikan nasihat oleh pihak berkuasa agama tetapi dalam konteks ketika bencana situasi berkenaan […]

Agong beri sumbangan peribadi RM308,000 kepada mangsa letupan paip gas Putra Heights

SUBANG JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 5 April menyampaikan sumbangan peribadi melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) berjumlah keseluruhan RM308,000 iaitu RM1,000 bagi setiap 308 keluarga mangsa letupan paip gas di Putra Heights. Sumbangan itu diberikan ketika baginda menyantuni mangsa terbabit di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights. Baginda tiba di […]

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Isnin 31 Mac

KUALA LUMPUR : Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1446H sekali gus Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac 2025. Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. “Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, setelah […]

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas mendengar pandangan para ulama’. Bila pemimpin berijtihad, bukan ikut suka hati dan nafsu, mereka timbang ilmu, fikirkan maslahat rakyat; keselamatan mereka dan kepentingan awam, serta memastikan keputusan tidak lari dari undang-undang dan perlembagaan […]

Sultan Selangor titah pemantauan berterusan, elak ajaran sesat dihidupkan semula

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan pemantauan berterusan dilakukan agensi berkaitan bagi memastikan ajaran sesat yang dibanteras tidak dihidupkan semula. Baginda juga bertitah agar gejala ajaran sesat dicegah dari peringkat awal supaya tidak terus berkembang dan merosakkan akidah umat Islam. “Beta ingin mengingatkan umat Islam khususnya di Selangor supaya sentiasa memperkukuh iman […]

Ingat hukuman Allah jika gagal laksana amanah dengan jujur, integriti – Sultan Selangor

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan umat Islam supaya sentiasa bersikap amanah dan jujur. Baginda turut menyeru umat Islam supaya mengingati hukuman keras Allah yang menanti sekiranya gagal melaksanakan amanah dengan jujur dan berintegriti. “Malangnya, Beta masih lagi mendengar laporan berita berkait dengan ketidakjujuran dan isu integriti terhadap mereka yang diamanahkan dengan […]

Penggiat seni bertanggungjawab hasilkan karya tidak bertentangan akidah – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Penggiat industri perfileman dan drama tempatan perlu lebih bertanggungjawab dalam berkarya supaya bebas daripada unsur bertentangan akidah dan nilai Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Mengulas isu paparan unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam drama tempatan, beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan […]

‘Prem Esaan’ sudah ditahan di JB – KPN

Kuala Lumpur: Pemilik akaun Facebook (FB) ‘Prem Esaan’ yang memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam ditahan di Johor, hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, jam 2.30 petang. “Telefon bimbit suspek turut […]