Atas alasan kanak-kanak dipandang sebagai objek seks
VIENNA 1 Sept. – Seorang ahli politik terkemuka Austria menggesa wanita Islam supaya tidak menghantar anak perempuan mereka ke tadika dengan memakai tudung dengan alasan tindakan itu menjadikan budak tersebut sebagai objek seks.
Timbalan Datuk Bandar Salzburg, Anja Hagenauer sebagaimana lapor Mail Online membuat pendedahan itu kepada stesen televisyen tempatan, ORF.
Menurutnya, perbuatan menutup kepala itu menjatuhkan martabat anak perempuan dengan mengandaikan mereka adalah objek seks.
Hagenauer sebaliknya menegaskan, beliau tidak mahu mengharamkan pemakaian tudung, sebaliknya akan mengusulkan cadangan segera terhadap amalan itu.
Katanya, memaksa kanak-kanak perempuan memakai tudung membuatkan mereka dilihat dengan penuh ghairah oleh lelaki.
Pada masa sama kata Hagenauer, dia tidak akan melarang sesuatu yang berunsur keagamaan daripada dikuatkuasakan.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, pejabat majlis perbandaran yang menguruskan hal ehwal minoriti boleh dimaklumkan untuk memberi tekanan kepada mana-mana ibu bapa yang mengabaikan nasihatnya.
– https://www.utusan.com.my/berita
KOMEN