Home » Langit Terbuka » Australia sekat sementara ternakan hidup ke Malaysia sempena Aidiladha

Australia sekat sementara ternakan hidup ke Malaysia sempena Aidiladha

Malaysia masih mempunyai alternatif untuk mendapatkan sumber ternakan daripada Thailand atau Myanmar jika menghadapi sekatan Australia

 

KUALA LUMPUR – Menjelang perayaan Aidiladha pada Ogos hadapan, kerajaan Australia telah mengenakan sekatan sementara selama enam minggu bagi tujuan pengeksportan ternakan hidup seperti lembu, kambing dan biri-biri ke Malaysia.

Hal ini kerana difahamkan sejak Disember 2012 setelah peraturan Sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengeksport (ESCAS) diperkenalkan Australia, tidak ramai pembeli atau pengimport di Malaysia mampu mematuhi peraturan tersebut.

Seorang pengimport haiwan ternakan dari Australia, Nordin Mat, 45, keadaan itu berlaku disebab tradisi dan budaya umat Islam di negara ini yang lebih selesa menyembelih tersebut untuk ibadah korban sama ada di perkarangan rumah, surau atau masjid yang berdekatan.

“Sedangkan jika mengikuti syarat yang ditetapkan ESCAS, setiap haiwan yang dieksport haruslah disembelih di rumah penyembelihan yang diaudit ditambah pula negara tersebut juga telah melantik badan pemantau untuk memerhatikan gerak kerja penyembelihan haiwan yang diimport tadi.

“Sekiranya gagal, negara kita berpotensi untuk tidak menerima haiwan ternakan daripada Australia lagi selepas ini kerana Malaysia menduduki nombor tiga dalam pemerhatian tegas mereka,” katanya hari ini.

Berhubung dengan sekatan tersebut, Nordin mengakui jumlah haiwan ternakan dari Australia untuk dijadikan korban pada musim perayaan Aidiladha nanti akan sedikit terganggu namun Malaysia masih mempunyai alternatif untuk mendapatkan sumber tersebut daripada Thailand atau Myanmar.

“Namun begitu, harga yang dikenakan kepada kita mungkin sedikit tinggi memandangkan Thailand dan Myanmar juga tahu tentang sekatan sementara yang telah dikenakan Australia ke atas Malaysia ketika ini.

“Jika ditanya mengapa perlu bergantung kepada haiwan import, apa yang boleh saya katakan negara kita tidak memiliki sumber yang banyak untuk kegunaan tempatan namun jika keperluan tersebut didatangkan dalam bentuk daging yang sudah disembelih dari negara luar, kuantitinya masih stabil dan belum ada sebarang sekatan lagi setakat ini,” katanya. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *