YAN – Seramai 10 penduduk di Kampung Ruat di sini, menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 Mac.
Mereka yang disantuni terdiri daripada individu sakit terlantar, warga emas, asnaf, ibu tunggal dan anak yatim.
Hadir ke program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Kampung Ruat Haji Kamruzzaman Abdullah dan wakil badan bukan kerajaan Darul Aman Care, Ustaz Md Shukri Sawai.
YADIM diwakili oleh pengarahnya, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.
KOMEN