Home » Langit Terbuka » AS tutup laman web lucah

AS tutup laman web lucah

WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), menutup laman web yang memasarkan seks, Backpage.com, menurut laman web itu.

Penutupan pasaran pengiklanan yang digunakan terutamanya untuk menjual seks itu disambut baik aktivis dan pemimpin politik yang berusaha membanteras pelacuran paksa dan eksploitasi kanak-kanak.

Namun sesetengah internet dan pejuang hak memberi amaran tindakan itu boleh memberi kesan terhadap kebebasan bersuara dan akhbar.

Laman web itu berkata peguam AS di Arizona dan California, serta Jabatan Keadilan untuk eksploitasi kanak-kanak dan kelucahan serta peguam negara California dan Texas turut membantu menutup laman web berkenaan.

Seorang pegawai FBI Phoenix berkata terdapat aktiviti penguatkuasaan undang-undang di kediaman salah seorang pengasas Backpage, Michael Lacey di Sedona, Arizona, namun sebarang pertanyaan lanjut perlu dirujuk ke Jabatan Kehakiman.

Reuters gagal menghubungi wakil Backpage untuk sebarang maklum balas.

“Hari ini, Backpage ditutup. Ia satu langkah besar. Sekarang tiada lagi anak-anak yang akan dijual untuk seks melalui laman web ini,” kata Senator Heidi Heitkamp di Twitter.

Heitkamp membantu merangka deraf undang-undang yang diluluskan Senat bulan lalu. Ia memudahkan pendakwa raya dan mangsa pemerdagangan seks untuk menyaman rangkaian media sosial, pengiklan dan lain-lain yang gagal menyekat pemerdagangan seks dan bahan berbentuk eksploitasi dari platform mereka.

Presiden Donald Trump akan menandatangani deraf itu minggu depan.

Backpage mempunyai sekutu di seluruh negara dan di seluruh dunia. Menjelang 2014 hasil tahunan laman web berkenaan mencecah AS $135 juta (RM522 juta), lapor New York Times. – Reuters

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *