Home » Langit Terbuka » AS perkenal sistem ranking keselamatan negara asing

AS perkenal sistem ranking keselamatan negara asing

WASHINGTON 12 Jan. – Amerika Syarikat  (AS), kelmarin memperkenalkan cara untuk memberi amaran tentang bahaya perjalanan ke negara asing dengan sistem ranking keselamatan bagi negara dan peta dunia interaktif.

Sebanyak 10 zon perang dan negara gagal termasuk Afghanistan, Republik Afrika Tengah, Iran, Iraq, Libya, Mali dan Sudan Selatan diletakkan pada Tahap Empat, Larangan Perjalanan.

“Korea Utara juga pada tahap sama dengan sekatan tambahan melarang rakyat AS berkunjung ke negara itu. Langkah ini mungkin mencetuskan kemarahan antarabangsa, namun ia nasihat dalam bentuk format baru.

“Ini bukan dokumen politik. Ia adalah berdasarkan penilaian kami terhadap situasi keselamatan,” kata Pegawai Konsular Kanan, Michelle Bernier-Toth.

Difahamkan, sekutu utama Eropah seperti Britain, Perancis, Jerman berada pada Tahap Dua.

Negara di Asia seperti Kemboja, Jepun, Malaysia, Singapura dan Thailand pula berada pada Tahap Satu. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *