Home » Langit Terbuka » AS bakal pintas Arab Saudi sebagai pengeluar minyak kedua terbesar

AS bakal pintas Arab Saudi sebagai pengeluar minyak kedua terbesar

SEBUAH pelantar minyak milik Amerika Syarikat yang beroperasi di Pantai Huntington, California. REUTERS

 

PARIS 20 Jan.– Amerika Syarikat (AS) akan memintas Arab Saudi sebagai pengeluar mi­nyak mentah kedua terbesar dunia selepas Rusia pada tahun ini berikutan pening­katan penggerudian oleh syarikat-syarikat minyak AS yang tertarik dengan kenaikan harga minyak global, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) semalam.

Pengeluaran minyak mentah sebanyak 9.9 juta tong sehari di AS sekarang adalah yang tertinggi dalam tempoh hampir 50 tahun sekali gus meletakkan negara itu setanding dengan Arab Saudi sebagai pengeluar minyak mentah kedua ter­besar dunia selepas Rusia, kata IEA.

“Namun, kerja penggeru­dian berterusan akan me­nyaksikan AS mencatat sejarah pengeluaran tertinggi baharu lebih 10 juta tong sehari pada tahun ini, mendahului Arab Saudi dan ber­saing dengan Rusia.

“Situasi ini akan berlaku dengan syarat perjanjian mengehadkan pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara bukan OPEC dikekalkan,” tambahnya.

Lambakan bekalan mendorong harga minyak global menjunam serendah AS$30 (RM118) setong pada awal tahun 2016.

Namun, negara-negara pengeluar minyak termasuk anggota OPEC memeterai perjanjian pada akhir tahun 2016 untuk mengurangkan pengeluaran bagi menaikkan harga minyak.

Harga minyak mentah naik lebih AS$70 (RM276) setong selepas OPEC dan negara bukan OPEC bersetuju melanjutkan persetujuan tersebut sehingga hingga akhir tahun ini. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *