RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menutup pendaftaran jemaah haji domestik bagi musim tahun ini.
Malah, jelas kementerian, nama yang terpilih akan diumumkan selepas cabutan dibuat tidak lama lagi.
Memetik laporan Arab News, Penolong Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Hesham Saeed berkata, jumlah pemohon haji oleh penduduk yang tinggal di negara itu sudah mencapai lebih 390,000 permohonan.
Katanya, pemilihan individu akan dibuat secara e-cabutan dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang masih belum menunaikan haji sebelum ini.
“Proses pengasingan dan e-cabutan akan dimulakan dengan memilih calon daripada jemaah haji yang memenuhi syarat diumumkan kementerian sebelum ini.
“Jemaah berjaya dalam permohonan mereka akan menerima pengesahan menerusi mesej teks pada peranti berdaftar mereka yang memaklumkan terpilih untuk menunaikan haji,” katanya. – Utusan Malaysia
KOMEN