Home » Langit Terbuka » Arab Saudi tukar Menteri Luar, rombak Kabinet besar-besaran

Arab Saudi tukar Menteri Luar, rombak Kabinet besar-besaran

Ibrahim Al-Assaf dilantik ke jawatan Menteri Luar menggantikan Adel Al-Jubeir yang ditukarkan sebagai Menteri Negara bagi Hubungan Luar Foto Ismaweb

RIYADH – Arab Saudi melakukan rombakan Kabinet besar-besaran, dalam apa yang dilihat oleh pengkritik sebagai tindakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, memperkukuhkan laluannya untuk menduduki takhta.

Dalam pengumuman diraja yang dikeluarkan, Ibrahim Al-Assaf dilantik ke jawatan Menteri Luar menggantikan Adel Al-Jubeir yang ditukarkan sebagai Menteri Negara bagi Hubungan Luar.

Abdullah bin Bandar bin Abdulaziz dilantik sebagai Menteri Pengawal Kebangsaan, manakala Mohammed bin Saleh Al-Ghofeily menjadi penasihat Pengawal Kebangsaan.

Individu lain yang dilantik ialah:

  • Khaled Al-Harbi – mengetuai Keselamatan Awam, menggantikan Saud bin Abdul Aziz Hilal;
  • Musaed Al Aiban – Penasihat Keselamatan Arab Saudi;
  • Putera Abdul Aziz bin Turki Al-Faisal – Pengerusi Pihak Berkuasa Sukan, menggantikan Turki Al Asheikh, yang dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Hiburan;
  • Ahmad Al-Khateeb – Presiden Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan;
  • Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Dr Majed Al-Qassabi bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Persidangan dan Pertunjukan;
  • Turki Al-Shabana – Menteri Media;
  • Hamad Al-Sheikh – Menteri Pendidikan;
  • Ahmed bin Mohammad Al-Issa, yang digugurkan daripada Kementerian Pendidikan dilantik sebagai penasihat Mahkamah Diraja, serta Suruhanjaya Penilaian Pendidikan Awam;
  • Awad bin Saleh Al Awad, yang digugurkan daripada jawatan Menteri Media, dilantik sebagai penasihat Mahkamah Diraja;
  • Iman Al-Mutairi dilantik sebagai pembantu Menteri Perdagangan;
  • Putera Turki bin Talal menggantikan Putera Faisal bin Khaled sebagai gabenor wilayah Asir;
  • Mansour bin Mohammad bin Saad Al Saud dilantik sebagai gabenor Hafr Al-Batin;
  • Putera Badr bin Sultan bin Abdulaziz Al Saud dilantik sebagai Timbalan Gabenor Wilayah Makkah; dan
  • Putera Turki bin Saud bin Mohammed dilantik sebagai penasihat Mahkamah Diraja.

Dalam pada itu, Putera Badr bin Sultan melepaskan jawatan sebagai gabenor wilayah Al-Jouf dan diganti oleh Putera Faisal bin Nawaf.

Duta Arab Saudi ke Britain, Putera Mohammed bin Nawaf bin Abdulaziz pula digugurkan. Tempat beliau belum diganti. – Ismaweb

 

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *