Home » Langit Terbuka » Arab Saudi tolak dan mengutuk pengiktirafan AS, Bukit Golan milik Israel

Arab Saudi tolak dan mengutuk pengiktirafan AS, Bukit Golan milik Israel

Arab Saudi dalam kenyataannya berkata,, Riyadh secara keras menolak dan mengutuk pentadbiran Amerika Syarikat yang mengiktiraf Bukit Golan yang diduduki sebagai milik Israel. - Foto Sputnik International

RIYADH – Arab Saudi menolak pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Bukit Golan milik Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan Agensi Berita SPA, Riyadh secara keras menolak dan mengutuk pentadbiran AS yang mengiktiraf Bukit Golan yang diduduki sebagai milik Israel.

“Bukit Golan kekal ‘tanah Arab Syria yang diduduki’ dan pengiktirafan sebagai milik Israel ‘melanggar resolusi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan antarabangsa,” jelas kenyataan itu.

Semalam, Trump menandatangani dokumen pengiktirafan Bukit Golan yang dirampas dari Syria ketika Perang Enam Hari 1967 disaksikan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *