Home » Langit Terbuka » Arab Saudi puji langkah Australia teguh bersama Palestin

Arab Saudi puji langkah Australia teguh bersama Palestin

Menteri Luar Australia Penny Wong berkata, Australia kekal sebagai penyokong teguh rakyat Palestin. - Foto Hajij.com

RIYADH – Arab Saudi menyambut baik keputusan Australia untuk menarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara pengganas Israel.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Arab Saudi mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan terhadap rakyat Palestin.

Arab Saudi menggesa supaya menyatukan usaha antarabangsa untuk mencari penyelesaian yang adil bagi isu Palestin, dengan cara memenuhi aspirasi rakyatnya untuk menubuhkan sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

“Ia selaras dengan undang-undang antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Penny Wong berkata, Australia kekal sebagai penyokong teguh rakyat Palestin.

Rakyat Palestin memuji langkah berkenaan sebagai keputusan yang bijak dan berani. – Agensi

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *