Home » Langit Terbuka » Arab Saudi perketat kawalan

Arab Saudi perketat kawalan

Arab Saudi turut menggunakan teknologi untuk menguruskan aliran jutaan jemaah di tempat sama pada satu masa - AP

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mengetatkan kawalan sepanjang musim Haji di Makkah bagi mengelak kejadian tidak diingini, ketika kira-kira dua juta umat Islam berada di tanah suci itu  bagi menunaikan ibadat Haji.

Sebelum ini, ibadat Haji sering dicemari dengan tragedi seperti rempuhan, kebakaran dan rusuhan pada masa lalu.

“Kami akan menghalang sebarang tindakan yang bukan sebahagian daripada rukun Haji dan kejadian yang akan memberi kesan kepada keselamatan jemaah atau kemampuan mereka mengerjakan ibadat ini,” kata jurucakap kementerian, Mansour Turki.

Arab Saudi tidak ketinggalan menggunakan teknologi untuk menguruskan aliran jutaan jemaah di tempat sama pada satu masa.

Ia termasuk gelang pengenalan elektronik yang disambung dengan sistem pengesanan global (GPS), yang diperkenalkan selepas tragedi rempuhan pada 2015 yang mengorbankan ratusan jemaah. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *