DUBAI 12 Sept. – Arab Saudi menggagalkan cubaan kumpulan pengganas Daesh melakukan pengeboman bunuh diri terhadap ibu pejabat Kementerian Pertahanan negara dan juga menahan empat orang yang disyaki.
Dua daripada mereka adalah rakyat Yemen manakala dua lagi rakyat Arab Saudi, demikian menurut laporan agensi berita SPA.
Mereka yang ditangkap didakwa cuba menyerang dua ibu pejabat kementerian pertahanan tetapi tidak dinyatakan bila tangkapan itu dibuat.
Dua rakyat Arab Saudi itu ditangkap kerana penglibatannya dengan dua pengebom bunuh diri.
Laporan SPA menunjukkan gambar rumah yang menjadi tempat pelindungan dan latihan dua warga Yemen selain tali pinggang peledak dan juga nahan leptupan buatan sendiri.
Kesemua suspek yang ditahan didakwa melakukan kerja-kerja pengintipan di dalam negara itu untuk kuasa asing.
Menurut agensi berita SPA yang memetik sumber keselamatan sebagai berkata, pihak polis mendedahkan wujudnya aktiviti perisikan untuk kepentingan pihak asing oleh kesemua suspek terbabit.
Dalam pada itu, sumber keselamatan negara itu yang enggan didedahkan identitinya, kesemua suspek didakwa mempunyai hubungan dengan organisasi pengganas di luar negara termasuklah Brotherhood Muslim.
“Kumpulan itu turut berhubung dan menerima dana serta pelbagai bentuk sokongan daripada dua lagi negara untuk menggugat keselamatan Arab Saudi, bertujuan untuk mengganggu kestabilan serta perpaduan negara ini,” ujar sumber tersebut. – REUTERS
KOMEN