Perkara itu diperakui Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah yang menyifatkan kejayaan berkenaan adalah hasil daripada pelaksanaan program latihan haji dan umrah yang sistematik, serta kecekapan sistem simpanan wang kendalian Tabung Haji.
“Ini semua demi memastikan jemaah haji Malaysia mempunyai pengalaman yang cukup bagi memudahkan mereka menunaikan haji dengan tenang dan yakin.
“Sebagai model global (Malaysia) yang patut dicontohi, saya amat gembira mengetahui tentangnya,” katanya menerusi platform X.
Dr Tawfiq kini dalam rangka lawatan ke Malaysia bermula Isnin hingga Rabu (26-28 Ogos) bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.
Ketika di Malaysia, beliau turut mengadakan pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar pada Isnin.
Dalam pertemuan itu, Mohd Na’im membangkitkan beberapa perkara penting antaranya permohonan menambah kuota jemaah haji Malaysia bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia.
Kerajaan Arab Saudi meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi tahun 1445H/2024. – Bernama
KOMEN