RIYADH 15 Mac – Kerajaan Arab Saudi akan membina bom nuklear sekiranya Iran berbuat demikian.
Hal ini dimaklumkan oleh Putera Mohammed Salman ketika temubual bersama siaran televisyen tempatan, CBS.
“ Arab Saudi tidak mahu memiliki mana-mana bom nuklear. Bagaimanapun, tidak akan bersikap ragu-ragu jika Iran membangunkan bom nuklear dan kami akan mengikutinya secepat mungkin,” katanya- REUTERS
KOMEN