Home » Langit Terbuka » Anwar tegur ‘ustaz’ terburu-buru kupas isu ikut sentimen politik

Anwar tegur ‘ustaz’ terburu-buru kupas isu ikut sentimen politik

Anwar melambai kepada jemaah di Masjid Kota Damansara selepas menunaikan solat Jumaat. - NSTP/SADIQ SANI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan segelintir pendakwah yang terburu-buru mengupas sesuatu isu yang disifatkan beliau lebih mengikut sentimen politik.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan segelintir pendakwah yang terburu-buru mengupas sesuatu isu yang disifatkan beliau lebih mengikut sentimen politik.

“Pertama semak dulu kenyataan itu benar atau tidak, keduanya fakta itu benar atau tidak. Kalau tidak (benar)… boleh tegur saya, saya boleh betulkan,” katanya ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Masjid Kota Damansara hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.

Komen Anwar itu dipercayai merujuk ulasan seorang penceramah terkenal yang tular di media sosial mengenai kenyataan Perdana Menteri berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi, yang disentuh sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lalu.

Tanpa memperincikan pendakwah berkenaan, Anwar mengakui kenyataan disentuh agamawan itu berkait ucapannya pada majlis bersama penjawat awam itu.

“Minggu lalu saya beri ucapan kepada penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri dan mengupas ayat al-Quran surah A-Kahfi.

“Saya sampaikan pada masa itu sistem dan kerajaan serta raja yang zalim itu penyembah berhala, ditolak orang beriman termasuk tujuh pemuda ini yang kemudian berlindung di gua.

“Saya kata ada juga cerita yang disampaikan oleh golongan Nasrani dalam bidang itu. Pada masa itu tentunya mereka ini mengikut kalau beberapa kitab tafsir penganut agama Nasrani, iaitu sekarang kita sebut Kristian,” katanya.

Anwar berkata, kisah dalam Al-Kahfi itu antara lain diceritakan mengenai kisah anak muda yang kuat imannya.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *