Home » Langit Terbuka » Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor AS, Omar Suleiman

Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor AS, Omar Suleiman

Anwar bersama anggota keluarganya bertemu Omar Suleiman. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat (AS), Dr Omar Suleiman di kediamannya.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berkata, pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di AS dan dunia barat.

“Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy,” katanya.

Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota keluarga Anwar.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *