Home » Langit Terbuka » Ankara kecam kenyataan Netanyahu

Ankara kecam kenyataan Netanyahu

Menteri luar Turki (gambar), menegaskan, Tebing Barat adalah wilayah Palestin yang dijajah rejim Zionis dalam pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa. -Foto Sputniknews

ANKARA – Turki mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana menjanjikan ‘penjajahan sepenuhnya’ wilayah Tebing Barat jika memenangi pilihan raya umum minggu depan.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, kenyataan Netanyahu itu jelas tidak bertanggungjawab.

“Tebing Barat adalah wilayah Palestin yang dijajah rejim Zionis dalam pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.

“Kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Netanyahu hanyalah untuk meraih undi menjelang pilihan raya umum Israel,” katanya seperti dilaporkan Press TV.

Netanyahu dalam satu temu bual memberikan kenyataan sangat bongkak apabila mahu menjajah sepenuhnya Tebing Barat jika dipilih sekali lagi sebagai Perdana Menteri. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *