Home » Langit Terbuka » ANGKASA perkenal konsep koperasi kariah masjid ke negara OIC

ANGKASA perkenal konsep koperasi kariah masjid ke negara OIC

Datuk Abdul Fattah Abdullah.

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memperkenalkan koperasi kariah masjid ke negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada pertengahan tahun ini.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata usaha ke arah itu adalah bagi memperluaskan gerakan koperasi dalam pembangunan ekonomi ummah ke peringkat global.

“Konsep koperasi kariah masjid yang akan dibawa masuk itu akan digunakan dan diselaraskan ke negara-negara OIC.

“Sekali gus, kerjasama ini akan meningkatkan lagi pencapaian dalam pembangunan sektor koperasi serantau,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahun Kedua Koperasi Kariah Masjid Bukit Indah Ampang Berhad dekat sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Bukit Indah Ampang Berhad, Datuk Ir. Ghazali Omar dan Timbalan Nazir Masjid Bukit Indah Ampang, Zainal Rashid Zakaria.

Tambah beliau, konsep koperasi kariah masjid yang diperkenalkan Angkasa turut disambut baik oleh negara Kemboja.

“Kita juga akan ke Kemboja pada hujung bulan ini untuk memperkenalkan konsep koperasi berkenaan secara besar-besaran bagi mendapatkan sokongan masyarakat Islam di sana,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *