RAMALLAH – Seorang penduduk Palestin yang ditembak mati oleh tentera Israel sewaktu pertempuran dengan rejim Zionis beberapa hari lalu, meninggal dunia hari ini.
Naji Ghonaim, 23, cedera sejak beberapa hari lalu berdekatan Rafah, selatan Gaza.
Dia kemudiannya dipindahkan ke Baitulmuqaddis bagi rawatan lanjut tetapi meninggal dunia awal pagi tadi.
Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan oleh pergerakan Hamas mengesahkan kematian Naji.
Kematian Naji itu menjadi angka korban sejak bantahan di sepanjang sempadan Gaza-Israel sejak enam minggu lalu meningkat kepada 122 orang. – AFP
KOMEN