SUNGAI BESAR- Seramai 14 keluarga anak yatim, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya disantuni Grup Mengaji Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Parlimen Sungai Besar pada 6 Ogos.
Mereka menerima sumbangan makanan bermasak dan barangan keperluan dapur.
Turut disantuni ialah sebuah keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.
Program sumbangan ini diketuai oleh Nor Aini Jaafar dibantu ahli SAY Sungai Besar.
Beberapa program menyantuni rakyat seperti ini diatur SAY Sungai Besar pada masa akan datang bagi menyantuni golongan yang memerlukan di sini.
KOMEN