WASHINGTON, Selasa – Seorang wanita Islam di Amerika Syarikat dilaporkan telah dipecat apabila enggan mengikut arahan majikan supaya menanggalkan hijab.
Najaf Khan, yang bertugas sebagai pembantu pergigian di klinik Penjagaan Gigi Fair Oaks di Fairfax, Virginia, berkata dia dipecat kerana memakai hijab ke tempat kerja.
Pada hari kejadian, dia berkata, pemilik klinik gigi itu, Dr Chuck Joo, mengarahkannya menanggalkan hijab kerana mahu mengekalkan persekitaran neutral dalam pejabat.
“Saya amat kecewa. Pada hari ia terjadi, saya amat sedih,” katanya.
Susulan itu, Majlis Perhubungan Amerika Islam (CAIR), berkata, pegangan agama seseorang tidak boleh dihalang meskipun dalam pekerjaan.
“Tiada pekerja perlu berhadapan pemecatan kerana pegangan agamanya atau mengamalkan ajaran agamanya.
“Kami menggesa Klinik Gigi Fair Oaks mengembalikan jawatan itu kepada pekerja Islam dan memberikan hak beragama kepadanya seperti tertera dalam undang-undang,” kata CAIR dalam satu kenyataan. – Agensi
KOMEN