Home » Langit Terbuka » Kuasa Bukan Untuk Memperkayakan Diri – PM

Kuasa Bukan Untuk Memperkayakan Diri – PM

Tun Dr. Mahathir berkata, pentadbir dalam negara kita memang mempunyai kuasa untuk mencapai matlamat kita (kerajaan), jadi perlu bekerja dengan ikhlas dan tidak boleh menipu hanya semata-mata mahu matlamat tercapai.

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu penjawat awam mengamalkan nilai mulia bagi menjayakan negara dan tidak menyalahgunakan kuasa dan amanah yang diberikan.

Perdana Menteri turut mengingatkan warga pentadbir supaya memiliki keikhlasan dalam menjalankan tugas bagi membolehkan pembangunan negara tercapai.

“Tun Dr. Mahathir berkata, pentadbir dalam negara kita memang mempunyai kuasa untuk mencapai matlamat kita (kerajaan), jadi perlu bekerja dengan ikhlas dan tidak boleh menipu hanya semata-mata mahu matlamat tercapai.

“Perlu ada nilai hidup mulia, kerajinan, keikhlasan, beramanah dan berdisiplin. Tapi kadang-kadang kita terpesong apabila diberi peluang kita lupa kepada tugas.

“Kita tidak diberi kuasa di peringkat ini untuk perkayakan diri kita tapi untuk jalankan tugas-tugas tertentu. Apabila kita seleweng, salah guna kuasa, percayalah kita sendiri akan jadi mangsanya kemudian.

“Kuasa bukan untuk memperkayakan diri, keluarga atau sahabat handai, kuasa ada matlamat khusus untuk menjayakan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. – BERITA HARIAN ONLINE

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/446842/amal-nilai-mulia-jayakan-negara-dr-mahathir#cxrecs_s

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *