Home » Langit Terbuka » Algeria Pertimbang Sertai Maghribi, Tunisia Bida Tuan Rumah Piala Dunia 2030

Algeria Pertimbang Sertai Maghribi, Tunisia Bida Tuan Rumah Piala Dunia 2030

Promosi terhadap idea untuk menganjurkan Piala Dunia 2030 bersama-sama antara tiga negara Afrika Utara itu telah bermula di Maghribi dan Tunisia.

ALGIERS – Algeria sedang mempertimbang untuk mengemukakan bidaan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA 2030 dengan negara jiran Maghribi dan Tunisia, lapor agensi berita Xinhua, memetik sumber media tempatan.

“Kami terbuka untuk bidaan bersama dengan Maghribi dan Tunisia,” kata Menteri Belia dan Sukan Mohamad Hattab kepada pemberita di bandar Tarragona, Sepanyol, Ahad.

Promosi terhadap idea untuk menganjurkan Piala Dunia 2030 bersama-sama antara tiga negara Afrika Utara itu telah bermula di Maghribi dan Tunisia.

Beberapa laman web baru-baru ini melaporkan, dalam satu perutusan oleh Raja Maghribi Raja Mohamed VI kepada Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika, bagi mempelawa negara itu bersama-sama mengemukakan bidaan menjadi tuan rumah.

Idea itu menerima pujian netizen kerana percaya bahawa bola sepak dapat menyatukan anggota Kesatuan Arab Maghribi yang merupakan blok ekonomi untuk negara-negara Afrika Utara. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=1476434

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *