LEMBARAN kitab suci Al-Quran berusia 800 tahun menjadi perhatian pengunjung yang hadir ketika dipamerkan di MuziumTokat di bahagian utara Turki.
Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah, Adem Cakir berkata, kitab suci itu merupakan manuskrip tertua yang terdapat di Anatolia Turki.
“Al-Quran ini adalah karya tulis tertua yang dipamerkan di muzium kami di Anatolia,” katanya kepada dipetik sebagai berkata kepada agensi berita Turki, Anadolu Agency.
Beliau menjelaskan, al-Quran berkenaan ditemui di Tokat dan kemudian dibersihkan di wilayah Konya pada pertengahan 2010.
Setelah satu tahun melakukan pekerjaan restorasi, manuskrip berkenaan mulai dipamerkan di muzium pada 2011 hingga sekarang.
Para arkeologi yang menemukan bahan lembaran al-Quran menunjukkan bahawa kitab suci umat Islam itu ditulis pada tahun 1190.
“Ini adalah pekerjaan yang jarang dilakukan. Terjemahan dari ayat Arab juga tertulis di bawah teks (bahasa Arab),” tambahnya.- Miraj News Agency (MINA)
KOMEN