PULAU PINANG – Aktiviti kesenian dan hiburan perlu dikawal dengan nilai-nilai moral serta agama kerana kegiatan seni dan hiburan yang terlepas daripada kawalan akan menjerumuskan manusia ke jurang kemusnahan.
Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana aktiviti seni mampu mendorong ke arah ketinggian sebagaimana ia juga mampu mengheret ke jurang kehancuran.
“Sesungguhnya dunia seni amat luas dan indah.
“Kenapa harus disempitkan dalam batas seksual sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Wan Salim cinta yang menjurus kepada kebebasan yang melulu tidak perlu ditonjolkan dalam aktiviti seni.
“Sebaliknya perlu ditampilkan cinta dalam pengertiannya yang luas mencakupi cinta Ilahi, cinta alam sekeliling, cinta ibu bapa, cinta kepada negara dan cinta kepada sesama manusia seluruhnya,” katanya. – Utusan Online
KOMEN