Home » Langit Terbuka » Aktivis Bangladesh didakwa hina Islam

Aktivis Bangladesh didakwa hina Islam

DHAKA 26 Dis – Polis Bangladesh menahan seorang aktivis media sosial berusia 25 tahun ketika cuba meninggalkan negara itu atas tuduhan mempersendakan agama Islam dan Nabi Muhammad, kata pihak berkuasa hari ini.

Seorang polis imigresen, Inspektor Mohammad Shahidullah, berkata Asaduzzaman Noor atau dikenali Asad Noor di saluran YouTube, ditahan di lapangan terbang di sini, petang semalam.

“Tuduhan ke atasnya ialah menghina agama Islam dengan mempersendakan Nabi Muhammad dan membuat komen jahat mengenai Islam, Nabi Muhammad dan al-Quran di Facebook dan YouTube,” katanya.

Shahidullah berkata, ratusan penduduk beragama Islam mengadakan bantahan ke atas Noor tahun ini di bandar selatan tepi pantai di Amtali selepas ulama memfailkan kes terhadapnya.

Noor didakwa mengikut undang-undang internet tegas Bangladesh dan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun jika dia didapati bersalah. –AFP, BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *