Home » Langit Terbuka » Akta Majlis Halal Negara akan diwujudkan 2019

Akta Majlis Halal Negara akan diwujudkan 2019

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), berkata, ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengkaji Akta Majlis Halal Negara yang dijangka akan diwujudkan selewat-lewatnya awal tahun depan, dengan melibatkan semua agensi di bawahnya.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung.

“Akta ini penting agar setiap arahan dan fungsi di semua agensi terlibat akan lebih jelas, yang sekali gus memperkukuh pelaksanaan pensijilan halal negara yang merupakan antara terbaik di dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran siaran dokumentari Hidangan Laluan Sutera di sini hari ini.

Hadir sama Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, Mejar (K) David Teoh dan Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Fuziah berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan negara lain dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan ibadah haji serta wakaf, memandangkan banyak negara yang berminat untuk belajar bagaimana Malaysia menguruskan jemaah dalam ibadah haji, dan Malaysia terbuka untuk berkongsi pengalaman serta kemahirannya dalam perkara itu. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *